Business-Blog

Terengganu Inc Peruntukkan Dana RM150,000 Kepada Komitmen Sosial CSR di Bulan Ramadhan

KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Inc meneruskan komitmennya menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan program lebih berimpak positif dan bermakna kepada golongan sasar dengan peruntukan dana hingga RM150,000 sempena bulan Ramadhan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, pengisian kebajikan sepanjang bulan puasa tersebut termasuk agihan bubur lambuk, Jejak Ramadhan yang melibatkan program bakul makanan, sedekah wang tunai serta gotong royong iftar bersama warga asnaf. Pembangunan surau sementara juga salah satu inisiatif CSR yang termasuk sempena bulan suci tersebut.

Bermula dengan Agihan Bubur Lambuk, program tradisi syarikat sejak 2017 bersama Masjid Abidin (Masjid Negeri) akan mengagihkan sejumlah 3,000 bekas bubur lambuk kepada komuniti setempat bermula dari 1 Ramadhan 1444H.

”Kakitangan Kumpulan Terengganu Inc akan terlibat sekali menyumbangkan bubur lambuk selama tiga (3) hari bermula pada 23, 26 dan 27 April 2022”, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, program CSR di bawah nama ’Jejak Ramadhan’ juga akan dilaksanakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Tahun ini, Terengganu Inc akan mencari dan membantu 30 buah keluarga kurang berkemampuan yang memerlukan perhatian dan bantuan, dengan kerjasama pemimpin setempat

Program bakul makanan, sedekah wang tunai serta program gotong-royong iftar tidak hanya memberikan bantuan fizikal kepada warga asnaf tetapi juga memberi semangat kebersamaan dan rasa kasih sayang di antara masyarakat setempat.

Nama 'Jejak Ramadhan' menggalakkan kami untuk mengambil peluang di bulan yang penuh berkat ini untuk melakukan amal jariah sebanyak KUALA TERENGGANU – Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu Inc meneruskan komitmennya menjalankan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan program lebih berimpak positif dan bermakna kepada golongan sasar dengan peruntukan dana hingga RM150,000 sempena bulan Ramadhan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, pengisian kebajikan sepanjang bulan puasa tersebut termasuk agihan bubur lambuk, Jejak Ramadhan yang melibatkan program bakul makanan, sedekah wang tunai serta gotong royong iftar bersama warga asnaf. Pembangunan surau sementara juga salah satu inisiatif CSR yang termasuk sempena bulan suci tersebut.

Bermula dengan Agihan Bubur Lambuk, program tradisi syarikat sejak 2017 bersama Masjid Abidin (Masjid Negeri) akan mengagihkan sejumlah 3,000 bekas bubur lambuk kepada komuniti setempat bermula dari 1 Ramadhan 1444H.

”Kakitangan Kumpulan Terengganu Inc akan terlibat sekali menyumbangkan bubur lambuk selama tiga (3) hari bermula pada 23, 26 dan 27 April 2022”, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, program CSR di bawah nama ’Jejak Ramadhan’ juga akan dilaksanakan bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Tahun ini, Terengganu Inc akan mencari dan membantu 30 buah keluarga kurang berkemampuan yang memerlukan perhatian dan bantuan, dengan kerjasama pemimpin setempat

Program bakul makanan, sedekah wang tunai serta program gotong-royong iftar tidak hanya memberikan bantuan fizikal kepada warga asnaf tetapi juga memberi semangat kebersamaan dan rasa kasih sayang di antara masyarakat setempat.

Nama 'Jejak Ramadhan' menggalakkan kami untuk mengambil peluang di bulan yang penuh berkat ini untuk melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin, termasuk meningkatkan usaha amal. Tabung Jejak Ramadhan juga akan dibuka bagi mengumpulkan sumbangan daripada kakitangan Terengganu Inc bermula dari awal Ramadhan hingga akhir bulan.

Dalam menyokong agenda negeri, Terengganu Inc juga akan berkolaborasi bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah untuk Pembangunan Surau Sementara Al-Hidayah di Muara Utara Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Kewujudan prasarana di kawasan tumpuan operasi ’foodtruck’ ini dapat menyediakan kemudahan dan keselesaan yang diperlukan untuk memudahkan akses kepada umat Islam, terutamanya di kawasan tumpuan seperti berdekatan dengan jambatan angkat ikonik tersebut.

Terengganu Inc amat mementingkan usaha kebajikan dengan tujuan untuk membantu masyarakat tempatan dan golongan kurang bernasib baik, sekaligus menjalin hubungan baik dengan pihak-pihak berkepentingan. mungkin, termasuk meningkatkan usaha amal. Tabung Jejak Ramadhan juga akan dibuka bagi mengumpulkan sumbangan daripada kakitangan Terengganu Inc bermula dari awal Ramadhan hingga akhir bulan.

Dalam menyokong agenda negeri, Terengganu Inc juga akan berkolaborasi bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah untuk Pembangunan Surau Sementara Al-Hidayah di Muara Utara Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Kewujudan prasarana di kawasan tumpuan operasi ’foodtruck’ ini dapat menyediakan kemudahan dan keselesaan yang diperlukan untuk memudahkan akses kepada umat Islam, terutamanya di kawasan tumpuan seperti berdekatan dengan jambatan angkat ikonik tersebut.

Terengganu Inc amat mementingkan usaha kebajikan dengan tujuan untuk membantu masyarakat tempatan dan golongan kurang bernasib baik, sekaligus menjalin hubungan baik dengan pihak-pihak berkepentingan.

Back